Saturday 17 November 2018

Al-Imran Ayat 1-3

3.3.1~3.  
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 1:

Ringkasan tafsir;

Alif Lam Mim, Allah sahaja yang mengetahui maksud huruf-huruf tersebut.

Huruf ini merupakan huruf “tambih” yang memerlukan perhatian sepenuhnya untuk mengikuti lanjutannya sehingga ia dpaat memahami dengan baik.

,

Surah 3, Ayat 2:
Ringkasan tafsir;

Allah itu sebenar-benar, tiada tuhan melainkan Allah yang hidup kekal lagi amat menjaga.

,

Surah 3, Ayat 3:
Ringkasan tafsir;
Allah telah menurunkan kepada Muhammad kitab Al-Quran dengan sebenar-benarnya yang membenarkan kitab-kitab terdahulu seperti Taurat, Injil dan kitab-kitab lain (furqon).
Allah telah menurunkan wahyu yang merupakan Quran yang tidak mengandungi keraguan dan diturunkan beransur-ansur, dan membenarkan kitab-kitab yang terdahulu diturunkan kepada para Nabi yang terdahulu.

.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan, 1~10,
 [GS] https://sites.google.com/site/kosmoknajid/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Al-Baqarah Ayat 286

3.2.286 
Juz:3,Surah:2.

Surah 2, Ayat 286:

.

Ringkasan tafsir; 



Ayat ini berupa ayat terakhir sebuah surah kedua Al-Baqarah mengandungi 286 ayat yang menceritakan pelbagai hukum dan tauladan yang sangat luas seperti contoh; sembahayang, zakat, jualbeli, wasiat, hutang, puasa, haji, talak, ila’ , haid, jihad dan kisah para Nabi sebagai tauladan kepada umat manusia.
Allah telah gembirakan hati mukmin yang sukar dalam kepayahan setelah berusaha berikhtiar sungguh-sungguh didunia untuk keakhirat dengan memberi sebuah doa yang sangat mustajab kepada umat Islam. 
Sesungguhnya Allah akan kabulkan doa orang yang bertakwa;
Ya Allah, janganlah Engkau  seksa kami jika kami terlupa atau tersalah.
Ya Allah, dan janganlah Engkau pikulkan keatas kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau telah pikulkan keatas orang sebelum kami.
Ya Allah, janganlah Engkau bebani kami dengan sesuatu yang tidak terdaya oleh kami.
Maafkan lah kami, Ampunkan dosa kami,
Engkau lah pemimpin kami, maka tolonglah kami bagi mengalahkan kaum kafir.

Kesimpulan;
Umat Islam pada hari ini banyak yang telah membelakangkan Al-Qutan dan telah menyimpang jauh dari perjalanan Rasulullah. Apakah doa mereka itu dikabulkan oleh Allah ?

Penyelesaian;
Umat Islam hendaklah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasullah dan mengikut petunjuk Allah serta bertakwa, nescaya doa mereka akan disegerakan bagi mengalahkan musuh-musuh Allah.

.


[previous] [next "Al-Imran"] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr
    








via,
tam2.mpaj@yahoo.com
(recover, tam2.mpaj@yahoo.com)

.

Al-Baqarah Ayat 285

3.2.285 
Juz:
3,Surah:2
Surah 2, Ayat 285:
.


Ringkasan tafsir;


Surah Al-Baqarah ini telah dimulai dengan menyebut, Quran ini jangan diragukan kerana ada mengandungi petunjuk bagi orang yang bertakwa. Dan kemudian berakhir dalam surah ini dengan menyebut, bahawa pesuruh Allah itu ialah Nabi Muhammad telah beriman dengan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah, dan bagitu juga kaum mukmin yang mengikuti jejak Rasulullah.

Setiap mukmin mentauhidkan Allah, percaya adanya malaikat dan percaya kepada semua kitab yang turun dari langit, mereka kaum mukmin tidak membezakan antara para Rasul yang diutuskan oleh Allah.
.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 281~286,
 [GS] https://sites.google.com/site/hp0132042505/1/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     






via,
tam2.mpaj@yahoo.com
(recover, tam2.mpaj@yahoo.com)